September 20, 2012

Gembala Kambing



Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : “Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?”
Gembala : “Oh, boleh saja”
Pemuda : “Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih”
Gembala :”Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Aaa…menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) “Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja”
Gembala :”Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.”
Pemuda : “Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?”
Gembala : “Yang hitam pun sama, saya punya juga”
Pemuda : (bengang, geleng kepala dan berlalu)

p/s : apa agaknya anda akan buat seandainya anda berada di tempat pemuda tersebut..?? :-)

September 11, 2012

Family Day Bahagian Pembangunan Usahawan FAMA 2012


          Bahagian Pembangunan Usahawan telah membuat Family Day pada 26 - 27 Mei 2012 (Sabtu & Ahad) di Institut Latihan FAMA (ILF), Port Dickson. Family Day ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara staf Bahagian Pembangunan Usahawan dengan keluarga di antara staf. Maklumlah, ada beberapa staf baru di dalam Bahagian Pembangunan Usahawan ini yang baru ditempatkan di bahagian ini. Lebih afdal kiranya memperkenalkan ahli keluarga dan staf-staf lama dengan mengadakan program macam ni kan..? :-)

         Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit aktiviti-aktiviti yang berlaku sebelum dan semasa program. Staf-staf perempuan tengah sibuk untuk membungkus hadiah-hadiah bagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti.


sibuknya staf PU ye.. :-)

          Setibanya di ILF PD pada 26 Mei 2012 (Sabtu), pegawai-pegawai buat meeting sat untuk program ni rasanya...hehehe...just amik gambar je time ni...

staf PU


dengar meeting ke tu..??


          Dah abis meeting, semua bersiap sedia lah untuk aktiviti petang tu iaitu aktiviti Bola Tampar Pantai dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak.


player bola tampar PU...

 
diantara player bola tampar PU lagi... 


kelompok 1..

kelompok 2..

kelompok 3..
          Tiba pula aktiviti yang dinanti-nantikan pada malam hari iaitu BBQ dan pertandingan karaoke... :-) Peserta bagi Pertandingan Karaoke terbuka kepada semua. Tapi, setiap cawangan under PU wajib menghantar wakil untuk pertandingan karaoke ni. Jadi, terpaksalah hos program malam tu memanggil nama dan orang tue kene lah nyanyi..hihihi...kene paksa nyanyi lak bagi mereka yang memang tak nak nyanyi @ tak boleh nyanyi.. :-)


BBQ..

lagu Ramli Sarip tu dia nyanyi..

staf Pasar Tani...

nyanyian duet sebenarnya ni...

penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna Kanak-kanak..

          Keesokan harinya mulalah aktiviti sukaneka. Pelbagai jenis sukaneka diadakan. Diantaranya ialah Lari Berpasangan, Cari Syiling dalam Tepung, Baling Belon Berair, dll..



Jalan Terompah Gergasi..

amik...penuh tepung kat muka dah... :-)


Lari Berpasangan..

Baling Belon Berair..



Tiup Belon Sampai Pecah..
         
          Gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang program berlangsung.. macam-macam gaya ada time kene amik gambar.. :-)



mamat paling prasan kat ofis.. :D

ibu dan dara pingitan.. :-)


its me...!! snap by my room mate..


syoknya mandi-manda...


my best fren at office.. :-)


          Sekian sahaja kisah Family Day Bahagian Pembangunan Usahawan Tahun 2012. Program ni memang best dan banyak kenangan. Semoga program seperti ini akan diadakan lagi pada tahun akan datang. Yang paling penting, semoga hubungan yang terjalin akan kekal berpanjangan hingga akhir hayat..InsyaAllah.. :-)






September 09, 2012

Doa Agar Dapat Mimpi Bertemu Rasulullah SAW





p/s: selamat beramal.. :-)


Orang Yang Mencintai Kamu



  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Dia juga tidak mengharap cintanya di balas. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

  1. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli..! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

  1. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

  1. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu itu tidak akan berulang selalu.

  1. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

p/s: adakah dia mencintai kamu sepenuhnya..? :-)

Al-Kisah Zaman Dahulu Kala

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.


Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.


Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.

Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

MORAL OF THE STORY:
KALAU TAKUT BINI SEKALI PUN JANGAN LAH SAMPAI MEMELUK TIANG.

September 07, 2012

Ikatan Tali Kasut

Salam...

Mesti ada diantara anda yang gemar memakai kasut yang bertali kan..? Di sini saya ingin berkongsi kepada anda beberapa jenis ikatan tali kasut... tak de lah bosan asyik buat ikatan yang sama je hari-harikan..?

IKATAN 1



IKATAN 2



IKATAN 3


IKATAN 4



IKATAN 5


IKATAN 6


IKATAN 7




IKATAN 8




IKATAN 9


IKATAN 10





IKATAN 11



IKATAN 12


IKATAN 13




IKATAN 14




IKATAN 15




Selamat mencuba..!! :-)

September 05, 2012

Tulisan & Kita

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat  
   Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
   Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan   

    Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
    Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit



Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat  
   Semua huruf ditulis dengan bulat
   Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan
  (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper   

    Tulisan yang angular dan sharp
    Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri

    (otak  logical)



Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan  
   Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah
   memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri   

    Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, 
    organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak   

    Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka
    gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur   

     Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan



Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang  
   Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat  
    Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor  
   a) Besar, panjang dan sempurna
       Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, 
       mempamerkan tahap kerajinan

  b) Kecil, pendek dan tak sempurna
      Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun
      sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi  
   Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah   
    Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah  
     Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

p/s: personaliti anda yang bagaimana..??

3 Buah Kereta

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"


p/s:hahahaha...lawak..lawak...

May 11, 2012

Lelaki & Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah
SWT. Ini  orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya.


Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

March 21, 2012

Diari Seorang Isteri Yang Setia

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri. "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30malam - 11.30malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati akulah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2..."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.  "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri.  "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari  "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.  "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit  kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA" Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa. Ikhlas dari Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA. Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...

Tips Miliki Mental Yang Baik

1. Luahkan /kongsi masalah dengan orang lain.

2. Luaskan pergaulan.

3. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama.

4. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab.

5. Membaca. Penuhi waktu sebaik-baiknya.

6. Berkongsi hobi atau kegemeran dengan keluarga, sanak saudara,jiran dan kawan.

7. Jaga kesihatan diri.

8. Bersenam selalu.

9. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang banyak.

10. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Eratkan ikatan kekeluargaan.

11. Bersiar-siar, menonton wayang,makan di luar.

12. Pastikan diri sentiasa ceria/gembira.

13. Berbincang mengenai permasalahan keluarga/isu-isu semasa.

14. Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek.

Rahsia Kunci Hati Si Dia

Khas untuk golongan lelaki yang sering kebuntuan bagaimana mahu memenangi Hati Gadis yang DiCintai.Jom kita kongsi Bersama apakah tindakan yang harus diambil oleh Kaum Lelaki bagi Memikat dan Menawan Hati Gadis yang Dipuja.

Rahsia 1-KEPENTINGAN BERKOMUNIKASI.

Kebanyakan gadis memang suka berterus terang.Dari memendam perasaan,baik Si Dia berkata apa yang terbuku di hati.si Dia sering berkomunikasi berlandaskan fikiran dan perasaan walau pun ada kalanya agak menyakitkan bagi yang mendengar.Jadi,apabila Teman wanita kamu mahu berkata sesuatu,dengarlah penuh teliti dan renunglah matanya.Pasti Dia akan gembira kerana kamu mengambil perhatian atas apa yang dikatakannya itu.

Rahsia 2-MENGAMBIL BERAT TENTANG SI DIA.

Sebagai seorng lelaki,ad masanya kamu perlu menyakinkan Si Dia yang kamu ambil berat terhadapnya.Kata2 juga memainkan peranan penting.Jika kamu berterus terang,haruslah sejujur dan seikhlasnya.Bukan setakat mengambil berat tentang kesaihatan saja,malah kamu juga harus peka dengan Perasaan dan emosinya.

Rahsia 3-HARGAILAH PERASAAN SI DIA.

Bagi seorang gadis,perasaan sangat penting bagi dirinya.Jadi tidak hairanlah sekiranya Si Dia sering bertindak mengikut perasaan dan kata hatinya. Jangan sesekali kata yang Si Dia selalu sangat mengikut perasaan tanpa berfikir.Ia akan membuatkn Si Dia terluka oleh sikap kamu itu.Sebaliknya kamu harus membimbingnya bagaimana cara untuk mengatasi perasaan dengan cara berfikir dahulu sebelum bertindak.Si Dia akan berasa terharu kerana kamu dapat menerima perasan yang dialaminya.

Rahsia 4-SI DIA INGIN DI HORMATI.

Siapa kata Gadis yang lemah lembut tidak wajar di hormati???
Kamu juga harus menghormati dirinya sebagaimana kamu mahu dihormati.Bagaimana mahu menghormati Si Dia?Kamu seharusnya mengakui kebolehan,kehebatan,dan keistimewaan yang terdapat dalam diri Si Dia.
Kamu tidak harus sesekali memperkecilkan keupayaan,memandang rendah terhadap si dia.Sebaliknya,kamu memberi sokongn terhadapnya agar dirinya terasa dihormati sewajarnya.

Rahsia 5-SUKA DIBELAI DAN DIMANJA.

Sudah sikap semulajadi seorang gadis yang suka dimanja dan di belai.Jadi tidak salah seandainya kamu manjakn Si Dia,tanda Sayang dan Cinta kamu terhadapnya.Kamu juga boleh melalukan kejutan seperti menghantar SMS mangatakankamu amt Mencintainya,membelikan Bunga,hadiah ataupun mengirimkan kad ucapan pada bila2 masa. Mungkin juga kamu boleh menggenggam jarinya di saat berjalan seiringan dengannya.Ops!jangan sampai terjadi perkara2 yang diluar batasan sudahlah.

Rahsia 6-PUJI-PUJIAN.

Kebanyakan golongan gadis berasa risau andai penampilan mereka tidak kemas dan paras rupa mereka kurang menarik.Jika penampilan Si Dia menarik,lemparkan kata2 pujian agar si Dia terasa dihargai.Tapi,jangan sesekali kamu memberikan kritikan yang boleh mengguris perasaannya.

Rahsia 7-UCAPKANLAH CINTA.

Jika kamu gementar untuk mengucapkan kalimah Cinta secara lisan,mungkin kamu boleh menggunakan cara lain.Misalnya,luahkan perasaan kamu melalui puisi ataupun lagu yang mengandungi kata2 indah penuh bermakna.Andai kamu benar2 Mencintainya,kamu seharusnya tisak segan silu untuk melafazkannya kerana pasti ia amat menghargainya.Yakinkan diri kamu untuk berani berhadapan dengannya,meluahkan rasa Cinta kamu yang utuh dengan sejujurnya.

Rahsia 8-TIDAK MERIMASKAN.

Sebenarnya golongan gadis kurang selesa apabila mendapat seorang Kekasih yang turut menjadi perhatian orang lain atau suka membangga diri.Ia akan membuatkan dirinya rimas dengan kelakuan kamu itu.Seeloknya kamu bersikap sederhana dan merendah diri.Jika kamu ingin mengetahui si dia rimas sendan sikap kamu atau yidak,perhatikan gerak gerinya.

Rahsia 9-FAHAMI EMOSI SI DIA.

Perempuan memang kaya dengan emosi.Oleh sebab itu,kamu mesti memahami emosinya.Kaum perempuan juga mudah mengalirkan air mata,tanda sedih atau gembira.Jiwanya juga mudah terusik walaupun hanya kerana perkera kecil dan remeh temeh.

Rahsia 10-RASA SELAMAT.

SEBAGAI LELAKI,KAMU DIANGGAP PELINDUNG DAN HERO PADA sI dIA.mAKA,KAMU HARUS BERSIKAP BEGITU TERUTAMAYNA APABILA SI DIA amat memerlukan kamu.dia akan rasa lebih selamat andai kamu berada di sisinyaTerutamanya di saat gentir.Tetapi,pastikan kamu tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia boleh menghilangkan kepercayaannya terhadap kamu.Kamu Perlukan bersikap lebih bertanggungjawab agar si dia mempercayai dan menghargai kamu sebagai perlindungnya.