September 09, 2012

Orang Yang Mencintai Kamu



  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Dia juga tidak mengharap cintanya di balas. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

  1. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli..! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

  1. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

  1. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu itu tidak akan berulang selalu.

  1. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

p/s: adakah dia mencintai kamu sepenuhnya..? :-)

No comments: