September 19, 2010

Kehidupanku

Aku dilahirkan di Hospital Daerah Tampin, Negeri Sembilan pada 30 Jun 1984 bersamaan 1 Syawal pada hari tersebut. Aku lahir pada jam 12.35 tengah hari. Mak aku dah boleh keluar hospital petang pada hari tersebut. Alhamdulillah semuanya selamat. Riuh juga kampung aku pada waktu tu sebab kelahiran aku. Saudara mara jauh yang jarang balik kampung dan jarang jumpa semuanya agak terkejut dengan adanya bayi yang baru lahir. Maklum la, ikutkan due date aku lahir awal bulan 7. Tapi, aku dah keluar awal beberapa hari. Aku pun nak sambut raya jugak. Jadi, banyak jugak lah duit raya aku tahun tu. Rezeki Allah namanya tu...Alhamdulillah.. 8 bulan aku duduk bersama nenek dan atuk aku sementara parents aku mencari rezeki di Kuala Lumpur. tiap-tiap minggu parents aku balik kampung untuk melihat anak sulungnya ini. Selepas itu, aku berangkat ke Kuala Lumpur duduk bersama parents aku. Aku kini mempunyai 3 orang adik. 2 perempuan dan seorang lelaki. Aku mula bersekolah waktu aku 5 tahun di sebuah sekolah tadika area Maluri, Cheras. Kemudian aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Puteri Pandan 2. Terlampau banya kenangan di sekolah tersebut. Aku aktif dalam sukan, pelajaran, kesenian dan kebudayaan. Maklum la, sekolah tu semuanya perempuan. jadi, tak ada rasa segan silu untuk beraktif. Selepas tamat darjah 6, aku berpindah rumah dan telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak. Aku hanya bersekolah di sini sehingga tingkatan 3 sahaja kerana aku daftar masuk ke sekolah teknik (Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang, Jelebu). Di sini, aku mengambil jurusan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Kalau diikutkan cita-cita awal, aku nak jadi akauntan. Memandangkan aku telah berpindah jurusan, jadi aku mula tanam cita-cita untuk jadi cikgu atau pensyarah. Tamat SPM, aku meneruskan perjuangan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan jurusan Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Alhamdulillah, berkat usaha dan sokongan family, aku berjaya mengharumkan nama kedua ibu bapa aku dengan memberikan mereka kejayaan yang besar aku di politeknik tersebut. Kemudian aku teruskan lagi perjuangan aku di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (Kuittho) yang kini telah dinaikkan taraf universiti dengan nama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Aku mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik Serta Pendidikan. Di sini, aku belajar mengenai elektrik serta belajar untuk menjadi cikgu atau pensyarah yang berkaliber. Aku telah membuat latihan mengajar di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. Jauhkan aku buat latihan mengajar? Nak buat macam mana, itu je tempat yang kosong untuk aku jalankan tanggungjawab sebagai pensyarah pelatih. Pengalaman mengajar di politeknik tersebut adalah pengalaman pertama bagi aku. Biasalah kalau perkara first time tu, perasaan takut tu pasti ada.Apa-apa pun, aku tetap harungi dan buktikan bahawa aku boleh menjadi pendidik yang berjaya. Alhamdulillah aku berjaya tamatkan latihan mengajar aku di politeknik kulim selama 5 bulan. Belum sempat aku konvo untuk diploma, aku telah ditawarkan sambung belajar di tempat yang sama dengan jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik). Aku baru selesai sambung ijazah. InsyaAllah aku akan sambung Master seandainya ada rezeki.  Kehidupan aku dari kecil sampai sekarang biasa je. Apa-apa pun, terlalu banyak lagi ilmu yang perlu aku pelajari. Mencari ilmu tidak akan berhenti selagi kita bernafas. Tuntut ilmu adalah suci dalam Islam. Walaupun aku telah memiliki ijazah, itu tiddak bermakna aku telah cukup ilmu di dunia ini untuk bekalan di akhirat nanti. Sekarang aku terpaksa meneruskan perjuangan aku tanpa ayah. Ayah aku telah pergi ke rahmatullah pada bulan 5 tahun 2009.  Al-Fatihah untuk arwah ayah aku. Aku adalah paling rapat dengan arwah ayah aku. Pemergiannya memberi impka yang besar dalam hidup aku. Kehidupan ini perlu diteruskan. Aku berdoa agar roh ayah aku dalam keadaan tenang dan dicucuri rahmat. Amin....
Apa lagi yang harus aku cerita? Mungkin selebihnya aku akan cerita kemudian. Semoga kepada semua yang membaca blog ini akan mendapat beberapa manfaat dalam diri serta ilmu yang berguna, insyaAllah. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang keji itu datangnya dari diri aku sendiri. Sama-samalah kita menjadikan diri lebih berguna setiap hari yang mendatang.