July 30, 2014

Rindu Sama Kamu

Dah 8 bulan.. Semuanya berlalu mcm tu je.. Aku ke yg ego? Dia ke yg dh lupakan aku? Sejujurnya memang aku rindukan dia...

"Ya Allah.. Sesungguhnya aku rindukan dia.. Kau jadikanlah juga aku kerinduan dalam dirinya.. Aamiin.."

Perasaan Yang Musykil

Dah hampir 2 bulan aku asyik teringatkan dia.. Berfikir mengenai dia.. Mimpikan dia.. Sedangkan aku jenis ssh nak bermimpi.. Apa sebenarnya yg berlaku? Apa yg tuhan nk bgth aku..? Puas dh aku cari jwpn.. Aku keliru adakah ini perasaan rindu, rs syg pd nya atau rs bersalah pd nya..? Semoga akan diberikan petunjuk & dipermudahkan semuanya..

October 16, 2012

MAKSWIP 2012



      Pertandingan MAKSWIP di adakan pada bulan Mac 2012.. Pertandingan ini diadakan di Dewan Tasik Titiwangsa..Pertandingan ini terdiri daripada jabatan/agensi awam dan badan berkanun yang berada di Wilayah Persekutuan. Antara jabatan/agensi yang terlibat adalah FAMA, FRIM, DBKL, Perbadanan Putrajaya dan lain-lain. Pada tahun 2012 ini, julung-julung kalinya FAMA telah menjuarai Pertandingan MAKSWIP..bangga jugak la saya waktu ni sebab saya salah sorang pemain yang mewakili FAMA..hehehe..apa-apa pun, syukur alhamdulillah kerana pasukan FAMA telah menjuarai Pertandingan MAKSWIP 2012 ini.. Pada hari Pertama pertandingan:-

pasukan FAMA..
suasana semasa pertandingan berlangsung..
Firdaus dan Farid sedang berentap dengan pihak lawan..
pemain single FAMA, Nazim..
saya dan Ayu sebagai pemain double untuk pasukan FAMA..
setelah penat bertanding pada hari pertama..

pengurus pasukan FAMA (yang berpakaian bewarna kelabu)..

          Pada hari Final pertandingan..pasukan kami menentang pasukan DBKL..

pada hari Final..
bergambar setelah juara..

menunggu untuk mengambil hadiah..

pengurus dan ketua pasukan FAMA yang mengambil hadiah..
pasukan JUARA...!!
my fren Liza yang setia menjadi penyokong setiap hari..
pasukan wanita..
pasukan lelaki..
bergambar dengan hadiah..

          Hadiah yang kami dapat ialah 1 Beg Raket dan Sijil Penyertaan.. Alhamdulillah kerana pasukan kami berjaya menjadi pasukan JUARA pada tahun 2012 ini.. Di harap, pasukan badminton FAMA akan terus maju dan mengekalkan kejuaraan MAKSWIP pada masa akan datang.. :)

Meeting di Sungkai, Perak




       Meeting Blue Print Cawangan Pasar Tani kali ni di Sungkai, Perak. Kami menginap di Hot Springs, Sungkai. Not bad jugak tempatnya. Nyaman je suasana kat sana. Kali ni saya akan bercerita tentang suasana kat Hot Spring yang nyaman ni. Di bawah ni adalah sekitar kawasan Kolam Air Panas di dalam Hot Springs ni. Kolam ni memang luas dan sesuai kalau nak mandi beramai-ramai macam swimming pool tu..






                                               


       Kita pergi ke kawasan lain plak. Kat dalam ni bukan hanya ada Kolam Air Panas je. Macam-macam tempat yang berkaitan air panas ada. Jom kita teroka lagi apa yang ada dalam Hot Springs ni. Kita ke kawasan Merebus Telur dulu.



keadaan air yang mendidih..

berasap-asap tempat merebus telur nih...

       Gambar di bawah adalah kawasan Taman Terapi (The Reupatic Park). Di sini, kita perlu berjalan di atas batu-batu khas untuk terapi tu.. agak panas jugak bila berjalan atas batu tersebut kerana terdapat sedikit air panas..



kawasan Taman Terapi..


my fren Dila sedang buat terapi... :-)


       Di sini juga di sediakan Jacuzzi dan SPA bagi mereka yang gemar berJacuzzi dan SPA. Terdapat banyak bilik Jacuzzi dalam ni. 1 bilik boleh muat dalam 8 orang.



kolam jacuzzi..

santai with kak wan at Jacuzzi..

SPA villa..

       SPA Villa ni saya tak de gambar kat dalamnya sebab tak masuk pun.. so, just gambar dari luar je lah saya boleh paparkan dalam ni.. :-)  Disini juga ada tempat mandian seperti Wet World tu..tp, time ni tempat Wet World ni dalam renovation.. so, x dapat lah saya nak menikmati suasana Wet World ni..


siap ada papan gelongsor..

besarkan..?

       Selebihnya saya akan paparkan gambar-gambar di seluruh kawasan Hot Spring.

sempat jugak amik gambar..




kediaman di Hot Springs..

pemandangan sekitar kediaman..

tempat makan..

nice..
dinner time..

macam biasa ada karaoke..hihihi..
 
          Di sini sahaja kisah Meeting di Sungkai, Perak.. gambar-gambar meeting x de plak amik..hihihi.. Just nak tunjukkan situasi dan suasana di dalam Hot Spring Resort ni.. memang nyaman dan tenang untuk buat percutian.. :)


Di suatu ketika



Isteri merajuk manja sebab suami tak minum kopi dibuatnya tadi…

Suami cuba memujuk, tetapi isteri tetap berdiam diri. Berjam-jam lamanya, sehingga suami membongkar satu rumah mencari sesuatu. Tak sabar dengan kerenah suami yang menyelerakkan barang-barang, isteri pun bertanya..

Isteri : Abang cari apa ni..?
Suami : Suaramu Sayang.. J

p/s: sweetkan situasi ni..? I love it.. J

September 20, 2012

Gembala Kambing



Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : “Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?”
Gembala : “Oh, boleh saja”
Pemuda : “Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih”
Gembala :”Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Aaa…menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) “Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja”
Gembala :”Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.”
Pemuda : “Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?”
Gembala : “Yang hitam pun sama, saya punya juga”
Pemuda : (bengang, geleng kepala dan berlalu)

p/s : apa agaknya anda akan buat seandainya anda berada di tempat pemuda tersebut..?? :-)

September 11, 2012

Family Day Bahagian Pembangunan Usahawan FAMA 2012


          Bahagian Pembangunan Usahawan telah membuat Family Day pada 26 - 27 Mei 2012 (Sabtu & Ahad) di Institut Latihan FAMA (ILF), Port Dickson. Family Day ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara staf Bahagian Pembangunan Usahawan dengan keluarga di antara staf. Maklumlah, ada beberapa staf baru di dalam Bahagian Pembangunan Usahawan ini yang baru ditempatkan di bahagian ini. Lebih afdal kiranya memperkenalkan ahli keluarga dan staf-staf lama dengan mengadakan program macam ni kan..? :-)

         Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit aktiviti-aktiviti yang berlaku sebelum dan semasa program. Staf-staf perempuan tengah sibuk untuk membungkus hadiah-hadiah bagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti.


sibuknya staf PU ye.. :-)

          Setibanya di ILF PD pada 26 Mei 2012 (Sabtu), pegawai-pegawai buat meeting sat untuk program ni rasanya...hehehe...just amik gambar je time ni...

staf PU


dengar meeting ke tu..??


          Dah abis meeting, semua bersiap sedia lah untuk aktiviti petang tu iaitu aktiviti Bola Tampar Pantai dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak.


player bola tampar PU...

 
diantara player bola tampar PU lagi... 


kelompok 1..

kelompok 2..

kelompok 3..
          Tiba pula aktiviti yang dinanti-nantikan pada malam hari iaitu BBQ dan pertandingan karaoke... :-) Peserta bagi Pertandingan Karaoke terbuka kepada semua. Tapi, setiap cawangan under PU wajib menghantar wakil untuk pertandingan karaoke ni. Jadi, terpaksalah hos program malam tu memanggil nama dan orang tue kene lah nyanyi..hihihi...kene paksa nyanyi lak bagi mereka yang memang tak nak nyanyi @ tak boleh nyanyi.. :-)


BBQ..

lagu Ramli Sarip tu dia nyanyi..

staf Pasar Tani...

nyanyian duet sebenarnya ni...

penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna Kanak-kanak..

          Keesokan harinya mulalah aktiviti sukaneka. Pelbagai jenis sukaneka diadakan. Diantaranya ialah Lari Berpasangan, Cari Syiling dalam Tepung, Baling Belon Berair, dll..



Jalan Terompah Gergasi..

amik...penuh tepung kat muka dah... :-)


Lari Berpasangan..

Baling Belon Berair..



Tiup Belon Sampai Pecah..
         
          Gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang program berlangsung.. macam-macam gaya ada time kene amik gambar.. :-)



mamat paling prasan kat ofis.. :D

ibu dan dara pingitan.. :-)


its me...!! snap by my room mate..


syoknya mandi-manda...


my best fren at office.. :-)


          Sekian sahaja kisah Family Day Bahagian Pembangunan Usahawan Tahun 2012. Program ni memang best dan banyak kenangan. Semoga program seperti ini akan diadakan lagi pada tahun akan datang. Yang paling penting, semoga hubungan yang terjalin akan kekal berpanjangan hingga akhir hayat..InsyaAllah.. :-)