October 10, 2011

Baby Girl

Pada 7 Mei 2011 saya telah mendapat anak buah pertama yg diberi nama Syifa Maya Erina.. Kini Erina telah mencecah 5 bulan.. Erina seorang yg suka senyum, ramah, tak banyak ragam..senang nak bawa ke mana2.. lagi pun Erina mmg suka g jalan-jalan..kecik-kecik dah pandai nak g jalan-jalan.. hhihihi.. mmg seronok bila dia ada kat rumah.. ceria je rumah tu..biasa la kan ada baby dalam rumah..
waktu Erina 2 hari... macam orang Korea..

Baru 2 hari dah pandai pandang sesuatu..especially kamera..haha..ni ikut umi dia la ni suka amik gambar..nmpk je org nak amik gmbr, mesti pandang kamera tu sambil senyum..hihihi..bijak..bijak..

Erina 2 bulan.. tgh tunggu umi siapkan air nak mandi..

Erina paling suka mandi..pantang bila orang buka baju dia..dah tahu dah nak mandi..excited je dia bl dia nak mandi..umur 2 bulan, mandi air suam lg...skrg dah 5 bulan, dia suka mandi air biasa dah..x de rasa takut langsung dgn air..hihihi..

Erina 5 bulan... dah macam anak cina lak..
Nanti dah besar jadi anak yg solehah ye..aunty sentiasa doakan untuk Erina supaya Erina akan jadi anak yg solehah..dengar ckp papa & umi.. jadi wanita yg bersopan santun, penyayang, bebudi bahasa & yg paling penting sentiasa taat dengan perintah Allah..insyaAllah.. Aunty sygkan Erina... :)

1001 KELEBIHAN WANITA DI SISI ALLAH

1.      Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal itu, baginda menjawab : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2.      Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah (memohon ampun) malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

3.      Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.      Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.      Apabila seseorang wanita melahirkan anak, lalu disusui dari putting buah dadanya, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.      Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.      Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.      Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dulu daripada suaminya (10 000 tahun).

9.      Wanita yang bersembahyang lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja dikehendaki.

10.  Wanita baik itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

11.  Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah, “suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” jawab Rasulullah, “ibunya”.

12.  Apabila memanggil akan engkau ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.

13.  Wanita yang taat suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga diri, sembahyang dan puasanya.

14.      Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Daripada Aisyah r.ha: “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan manjadi penghalang baginya daripada api neraka.”