October 16, 2012

Meeting di Sungkai, Perak




       Meeting Blue Print Cawangan Pasar Tani kali ni di Sungkai, Perak. Kami menginap di Hot Springs, Sungkai. Not bad jugak tempatnya. Nyaman je suasana kat sana. Kali ni saya akan bercerita tentang suasana kat Hot Spring yang nyaman ni. Di bawah ni adalah sekitar kawasan Kolam Air Panas di dalam Hot Springs ni. Kolam ni memang luas dan sesuai kalau nak mandi beramai-ramai macam swimming pool tu..






                                               


       Kita pergi ke kawasan lain plak. Kat dalam ni bukan hanya ada Kolam Air Panas je. Macam-macam tempat yang berkaitan air panas ada. Jom kita teroka lagi apa yang ada dalam Hot Springs ni. Kita ke kawasan Merebus Telur dulu.



keadaan air yang mendidih..

berasap-asap tempat merebus telur nih...

       Gambar di bawah adalah kawasan Taman Terapi (The Reupatic Park). Di sini, kita perlu berjalan di atas batu-batu khas untuk terapi tu.. agak panas jugak bila berjalan atas batu tersebut kerana terdapat sedikit air panas..



kawasan Taman Terapi..


my fren Dila sedang buat terapi... :-)


       Di sini juga di sediakan Jacuzzi dan SPA bagi mereka yang gemar berJacuzzi dan SPA. Terdapat banyak bilik Jacuzzi dalam ni. 1 bilik boleh muat dalam 8 orang.



kolam jacuzzi..

santai with kak wan at Jacuzzi..

SPA villa..

       SPA Villa ni saya tak de gambar kat dalamnya sebab tak masuk pun.. so, just gambar dari luar je lah saya boleh paparkan dalam ni.. :-)  Disini juga ada tempat mandian seperti Wet World tu..tp, time ni tempat Wet World ni dalam renovation.. so, x dapat lah saya nak menikmati suasana Wet World ni..


siap ada papan gelongsor..

besarkan..?

       Selebihnya saya akan paparkan gambar-gambar di seluruh kawasan Hot Spring.

sempat jugak amik gambar..




kediaman di Hot Springs..

pemandangan sekitar kediaman..

tempat makan..

nice..
dinner time..

macam biasa ada karaoke..hihihi..
 
          Di sini sahaja kisah Meeting di Sungkai, Perak.. gambar-gambar meeting x de plak amik..hihihi.. Just nak tunjukkan situasi dan suasana di dalam Hot Spring Resort ni.. memang nyaman dan tenang untuk buat percutian.. :)


No comments: