October 07, 2010

Kisah Rumput

Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling
   kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya
 suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu
 berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu,
 pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun
 sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan
 kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang
   berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak
   yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus
   berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang
   lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling
   cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu
   cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya
   boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang
 yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada
 itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
 kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan
 semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang
 yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
 perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan
 tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik kita jumpa dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

No comments: